Cifra Club

Aku Maafkan Kamu

Jamal Abdillah

Cifra: Principal (violão e guitarra)
Selo Cifra Club: esta cifra foi revisada para atender aos critérios oficiais da nossa Equipe de Qualidade.
tom: Am
Am Dm E Am 

Ada teratak di hujung kampung
 Bawah cermin kopak ada kotak
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
 Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
 Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
 Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
 Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
 Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
 Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
 Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
 Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
 Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
 Halusinasi susuli ketandusan ihsan
 Ubat parut auditori kesan artileri insan
 Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
 Tak perlu kita bertemu
 Cukup kau tahu
 Yang aku
 Maafkan kamu
 Tolong teruskan hidup
 Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
 Acapkali terpendam, acapkali tersergam
 Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
 Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
 Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
 Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
 Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
 Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
 Maafkan mereka, mereka tidak tahu
 Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
 Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
 Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
 Maafkan mereka, mereka tiada nilai
 Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
 Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
 Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
 Baling ku ramit kucup lehernya
 Terlalu rahi dendam di angan
 Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
 Tak perlu kita bertemu
 Cukup kau tahu
 Yang aku
 Maafkan kamu
 Tolong teruskan hidup
 Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
 Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
 Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
 Kalau terpelajar sila guna hak miranda
 Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
 Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
 Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
 Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
 Ada teratak di hujung kampung
 (Ba)
 Bawah cermin kopak ada kotak
 (Ta)
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
 Bawah cermin kopak ada kotak
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
 Tak perlu kita bertemu
 Cukup kau tahu
 Yang aku
 Maafkan kamu
 Tolong teruskan hidup
 Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
 Bawah cermin kopak ada kotak
 Tersembunyi dalamnya ada tempurung
 Sembunyi bawahnya katak melalak
Outros vídeos desta música
    10 exibições
      • ½ Tom
      • Am
      • Bbm
      • Bm
      • Cm
      • C#m
      • Dm
      • Ebm
      • Em
      • Fm
      • F#m
      • Gm
      • G#m
    • Adicionar à lista

    Afinação da cifra

    Afinador online

      0 comentários

      Ver todos os comentários

      Entre para o Cifra Club PRO

      Tenha acesso a benefícios exclusivos no App e no Site

      • Chega de anúncios

      • Badges exclusivas

      • Mais recursos no app do Afinador

      • Atendimento Prioritário

      • Aumente seu limite de lista

      • Ajude a produzir mais conteúdo

      Cifra Club Pro

      Aproveite o Cifra Club com benefícios exclusivos e sem anúncios
      Cifra Club Pro
      Aproveite o Cifra Club com benefícios exclusivos e sem anúncios
      Ops (: Contenido disponible sólo en portugués.
      OK